Portal Tutor Ria merupakan satu platform pembelajaran secara digital bagi pelajar-pelajar SPM 2022. Portal Tutor Ria merupakan kaedah baru dalam pelaksanaan dan pemantauan program latihan akademik dengan mengadaptasi ICT dan digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif utama Portal Tutor Ria adalah untuk membantu para pelajar bersedia untuk menghadapi SPM di samping mendedahkan pelajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0 dengan belajar secara digital.